Manusia yang normal tidak akan format laptop mereka sesuka hati. Format komputer mempunyai risikonya yang tersendiri. Tapi kalau laptop dah sesak nafas nak berfungsi, jangan tunggu lagi.
Berikut adalah 3 sebab kenapa anda WAJIB format komputer anda:
1. Menaiktaraf ‘Operating System (OS)’ komputer
Hanya kerana komputer anda didatangi dengan Windows 7, tidak bermakna anda harus menggunakan Windows 7 selamanya. Anda mungkin perlu menukar atau menaik taraf OS komputer anda. Bagi mendapatkan OS yang baru, format adalah jalan permulaannya.
2. Serangan virus
Virus datang dari fail-fail rosak dan cenderung menyerang fail di dalam sistem komputer. Virus mengurangkan kecekapan sistem dengan mengambil alih banyak kerja dari CPU. Ini menyebabkan aplikasi lain sukar untuk berfungsi. Jalan penyelesaiannya adalah dengan format.
3. Sistem komputer sangat perlahan
Selain dari bertukar ke ssd atau menaiktaraf RAM komputer anda, format juga boleh menjadi solusi kepada masalah komputer yang lembap. Walau bagaimanapun, format tidak akan selamanya membantu dalam meningkatkan kelajuan sistem komputer anda.