Tulisan ini dimuatnaik berikutan terdapat begitu banyak kes yang kami terima berpunca dari laptop terpakai dan baru yang seperti di dibawah.
Artikel berkaitan: Apa itu Deepfake? Kenapa semua orang risau tentangnya?
1. Suhu laptop. Baru atau lama itu cara yang mudah untuk mengenal pasti kesihatan dan prestasi sesuatu laptop. Tinggi rendah suhu itu memberikan anda petanda tentang umur sebenar laptop, servis berkala, dan prestasi keseluruhan.
2. Kerosakan dalaman. Kes ini terpencil untuk laptop baru tetapi banyak yang terjadi kepada laptop terpakai. Pengguna yang kurang arif acap kali terjerat dalam situasi ini dimana laptop yang ditawarkan pada harga yang menarik. Tiada cacat cela diluar. tetapi di dalam? Hanya owner asal yang tahu.
3. Kesihatan Hard Disk. Kami enggan dan sebenarnya ingin terus melenyapkan kata nama hard disk supaya terus tidak diingat oleh pengguna. Kerana ia punca hampir 76% masalah prestasi laptop yang serba perlahan. Tidak kira baru atau lama. Ia dibina untuk menjadi perlahan. Hard Disk yang mempunyai tanda awal awal kerosakannya tidak akan menunjukkan dengan jelas melainkan anda tahu cara untuk mengesannya.
Semoga perkongsian ini membuatkan kita cekap dan prihatin tentang perkara sebegini. Boleh dipanjangkan kepada peniaga atau penjual dengan nasihat
‘Buat rugi menipu, kita bukan nak meniaga sehari saja’ ✌
Repairlaptopalorsetar.com
Tech-care of your stuff