fbpx

4 Tip Penting Tentang Format Laptop

4 Tip Penting Tentang Format Laptop

Ramai sebenarnya antara kita yang pandai format laptop/pc sendiri tanpa perlu pergi ke kedai. Berterima kasihlah kepada Google dan juga Youtube yang menyediakan tutorial percuma.

Proses format memang nampak mudah tetapi ada beberapa perkara asas tentang format yang anda perlu tahu. Antaranya adalah:

1. Proses format akan menghilangkan semua data jika anda tidak membuat backup terlebih dahulu, termasuklah sistem operasi laptop anda dan juga software yang terdahulu.

Artikel berkaitan: Bencana alam terbaru: Windows Update!

2. Selain dokumen-dokumen atau data yang penting, driver anda juga perlu di backup terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang isu ketika proses post-format nanti.

3. License key pengaktifan Windows dan Microsoft Office anda boleh disimpan dan diguna semula selepas format. Tetapi mestilah dibuat backup terlebih dahulu.

4. Kelajuan proses format dan install windows bergantung kepada kesihatan dan “speed” hard disk atau SSD itu sendiri.

BONUS 1 tip ekstra khas untuk pembaca!

5. Pastikan anda tidak mematikan suis atau force shutdown laptop anda ketika proses format/install windows berlangsung untuk mengelakkan sebarang isu atau “corrupted windows”.

Artikel berkaitan: Mengapa Laptop dah tak perlu DVDROM?

Kalau dah semua orang pandai format laptop, buat apa lagi nak kena ada kedai repair laptop kan? Ya memang semua orang pandai dan boleh format sendiri, apa yang membezakannya nanti adalah hasil format tu. Adakah berjaya atau sebaliknya.

Repairlaptopalorsetar.com
Tech care of your stuff

Leave your Comment