fbpx

Chrome rakus telan memori RAM anda?

Chrome rakus telan memori RAM anda?

Google Chrome, kelahiran gergasi internet, kini berdiri megah sebagai salah satu ‘web broswer’ paling popular dikalangan pelayar internet seluruh pelusuk dunia.

Artikel berkaitan: Selamat tinggal Windows 7

Namun, ia juga terkenal sebagai browser yang paling gelojoh menelan banyak memori (RAM) komputer apabila digunakan.

Bayangkan, hanya dengan membuka satu ‘tab’ sahaja di Chrome. Sehingga 100MB memori RAM komputer anda telah digunakan. Itu baru satu, cuba bayangkan kalau buka 10 tab?

Tambah pula jika website yang dibuka memang banyak kontent yang bersaiz besar & kompleks dengan pelbagai script.

Memang tiada penyelesaian yang mudah untuk masalah ini melainkan jika anda menaik taraf RAM atau beralih kepada ‘browser’ lain seperti Mozilla Firefox atau Microsoft Edge.

Artikel berkaitan: 5 sebab wajib update Windows

Pada zaman kini, boleh dikatakan bahawa penggunaan 4GB RAM ke bawah sudah kurang relevan. Sedangkan RAM di smartphone pun sudah mencapai 12gb, inikan pula 4gb di komputer.

Sedikit tips dari kami, pemilik komputer disarankan agar menaik taraf RAM sekurang-kurangnya 4GB atau 8GB bagi mengoptimumkan prestasi dan kelajuan komputer.

Setiap ubat, ada penawarnya. Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya. Masalah komputer yang lambat prestasinya atau kerap ‘crashing’, tidak boleh diselesaikan dengan hanya menekan butang ‘power’ bagi me-‘restart’ semula sistem komputer.

Setiap ubat, ada penawarnya. Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya. Masalah komputer yang lambat prestasinya atau kerap ‘crashing’, tidak boleh diselesaikan dengan hanya menekan butang ‘power’ bagi me-‘restart’ semula sistem komputer.

Repairlaptopalorsetar.com
Tech care of your stuff

Leave your Comment