1. Lihat pada carta most view di Twitch dan apa yang anda akan lihat adalah kesemua permainan tersebut berakar umbi dari satu sumber yang sama; mods. Mula ditambahbaik dan pelbagai ciri permainan dilakukan oleh para peminat tegar sesuatu franchise permainan untuk menghidup dan merancakkan kembali permainan tersebut.
2. Mereka merupakan golongan yang secara sukarela melaburkan masa dan tenaga untuk menghasilkan mods untuk permainan yang mereka sukai. DNA Overwatch atau Rainbow Six Siege dapat dijejak bermula perlancaran permainan Quake pada 1996 dari mod Team Fortress style atau pun class-based multiplayer shooter. Ia mendapat sambutan hangat sehinggakan ketiga-tiga penciptanya diserap masuk ke Valve sebelum melancarkan Half-life mod dan seterusnya standalone Team Fortress pada 2007.
3. Counter-Strike ? ia hanyalah sekadar mod rekaan Minh Le dan Jess Cliffe di dalam Half-Life sebelum dilamar oleh Valve dan dijadikan stand alone.
Mod yang terkenal sehingga meraih jumlah wang pertandingan $25 juta juga adalah salah satu dari mods Warcraft 3. IceFrog adalah nama dan simbol yang sangat sinonim bagi pentegar Dota 1 yang kini telah pun menjadi lead designer Dota 2.
4. Nenek Moyang Fortnite pula dapat dijejak sehingga tahun 2012 semasa kerancakan mod dari permainan Arma 2. Salah satunya yang lahir adalah mod Battle Royale dan surival games seperti H1Z1. Hasil dari Arma telah melahirkan gene permainan seperti DayZ, PUBG dan juga Fortnite.
5. Hampir kesemua permainan yang popular ketika ini mempunyai asal usul yang signifikan dalam dunia mod. Tanpa imaginasi dan kolaborasi modders, sukar untuk melihat bagaimana dunia permainan harini wujud tanpa mereka.
Sumber: GamerTunnel