fbpx

GPU-Z kini dapat mengesan kad Nvidia Palsu

GPU-Z kini dapat mengesan kad Nvidia Palsu

1. Kemaskini terbaru perisian aplikasi GPU-Z membawakan ciri tambahan yang mampu mengesan kad grafik palsu yang semakin tersebar luas.

2. Kad grafik palsu selalunya mendakwa mempunyai memory yang banyak disamping dapat dimiliki dengan harga yang jauh lebih murah. Terdapat juga yang mendakwa menjual kad grafik yang terbaru tetapi hanya diflashed bersama kad grafik model lama.

3. Kad grafik yang semakin mudah didapati di pelbagai platform jualan khususnya e-commerce dari China dengan harga menarik mengundang ramai pengguna untuk membuat pembelian tanpa sebarang usul periksa.

4. Tidak dinafikan kilang pengeluar kad grafik majoritinya berada di China dan terdapat juga pengilang OEM yang menjualnya kepada third party namun terdapat sebilangan pihak yang cuba membuat ‘quick cash’ dengan menjual kad grafik yang telah diubah suai.

5. Pengedar kad grafik yang sah rata rata di Malaysia telah mengadakan akaun e-commerce seperti di Lazada untuk memudahkan pengguna untuk membeli dan mengelakkan dari terbeli produk yang palsu.

Leave your Comment