fbpx

Internet boleh mencemarkan alam

Internet boleh mencemarkan alam

Internet & laptop boleh dikatakan sudah menjadi keperluan dalam kehidupan manusia. Namun, tahukah anda tentang kesan internet kepada alam sekitar?

1. Penggunaan internet melepaskan kira-kira 300 juta tan karbon dioksida setahun. Bersamaan dengan aktiviti pembakaran arang batu, minyak dan gas yang dilakukan di Turki atau Poland setiap tahun.

2. Setiap penghantaran e-mel yang dilampirkan bersama fail bersaiz 1 MB akan melepaskan 19 gram karbon dioksida. Ini sama seperti membakar satu beg plastik.

3. Semua e-mel dalam internet yang tidak dipadam akan disimpan di pusat data. Operasi pusat data menyumbang kepada 2% jumlah pelepasan gas karbon dioksida pada setiap tahun dan peratusan ini bakal meningkat pada masa hadapan.

Berkaitan: Windows 10 juga boleh membawa bencana

Jadi, apakah yang perlu kita buat untuk mengurangkan pencemaran ini?

1. Padamkan e-mel yang sudah dibaca atau tidak diperlukan lagi dari peti mel anda.

2. Padam aplikasi yang tidak digunakan di telefon pintar dan komputer anda.

3. Padam ‘screenshots’ dan foto yang berlebihan dari iCloud atau pemacu awan yang lain. Begitu juga di laptop atau pc anda.

4. Berhenti melanggan e-mel newsletter yang anda tidak pernah baca.

Kini tiada alasan lagi untuk tak ambil pusing tentang alam sekitar. Banyak tindakan yang kita boleh lakukan untuk memastikan alam ini kekal sejahtera.

Berkaitan: 5 sebab wajib update Windows

Rujukan/Sumber: The Guardian

Elakkan daripada notebook & pc menyedut masa dan tenaga anda. Jangan biarkan ia semak samun dengan ladang virus, data tak terpakai. Hubungi kami untuk format dan refresh laptop anda. Kami hargai masa anda. Kami yang datang collect laptop/pc anda. Untuk kawasan sekitar Alor Setar dan Jitra sahaja.

Leave your Comment