2. Objektif utama mengapa aplikasi direka adalah untuk mengekalkan anda di dalam, hampir buat selamanya. Jadi jangan terlalu salahkan diri sendiri. Setiap syarikat ingin memaksimakan masa dan perhatian anda kepada aplikasi tersebut.
3. “We’re simple animals, excited by bright colors” kata Nick Bilton, kolumnis New York Times Disruption. Antara teknik yang paling berkesan untuk menarik perhatian manusia adalah strategi dalam penggunaan warna.
4. Lihat pada home screen anda sekarang. Meriah dengan warna warni pelangi yang sebenarnya lengkap dicatur oleh pembangun aplikasi masing masing. Ia bukan lagi suatu kesilapan atau kebarangkalian
5. Cara untuk menggagalkan Pleasantville effect yang telah dikenakan kepada kita adalah dengan menukarkan tetapan kepada warna surat khabar yang membosankan. Grayscale atau pun kelabu adalah suatu warna yang sangat tidak menyelerakan bagi haiwan seperti manusia untuk dilihat kerap.
6. Neurons Inc sebuah syarikat yang mengkaji cara manusia berinteraksi dengan aplikasi mengatakan warna kelabu memberikan anda lebih kawalan dalam membuat sesuatu tindakan berbanding sebelum ini, yang cuba untuk menggoda perhatian anda dari melakukan perkara yang sepatutnya.
7. Dengan hanya perubahan warna, anda dapat melakukan perkara yang perlu sahaja di dalam aplikasi telefon tanpa perlu takut untuk termasuk ke dalam story sesiapa selepas ini.
Sumber: Inc