Semalam merupakan hari pertama untuk projek demonstrasi 5G pertama di Kedah dan juga antara yang terawal di Malaysia.
Langkawi dipilih kerana dianggap ideal untuk ujian 5G kerana kedudukan pulau yang strategik serta infrastruktur rangkaian fibre oleh TM yang meliputi seluruh pulau.
Sebanyak 8 syarikat terlibat dalam projek 5G ini iaitu Altel Communications, Celcom Axiata, Digi, Edotco Group Sdn Bhd, Maxis, Petronas, Telekom Malaysia dan U Mobile.
Demonstrasi yang dipertontonkan secara rasmi oleh syarikat-syarikat telco yang terlibat telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Beberapa gambar keputusan ‘speed test’ juga telah dikongsi di Twitter. Jelas kelihatan bahawa ujian 5G ini membawa impak yang sangat besar terutamanya dalam kepantasan capaian internet.
Kelajuan internet ini juga diharap dapat memberi impak positif kepada peningkatan konten tempatan, terutamanya konten lokaliti untuk lebih memartabatkan Langkawi sebagai pusat pelancongan dunia.
Selain itu, pembangunan 5G di Malaysia ini juga akan membantu dalam perkembangan sektor pendidikan, pertanian, media hiburan, kesihatan, oil and gas dan sebagainya seiring dengan industri 4.0.
Artikel berkaitan: Guna Internet pun boleh pun boleh mencemarkan alam
Jadi, kepada sesiapa yang ingin merasa pengalaman kelajuan tinggi generasi baru, boleh lah bercuti ke pulau Langkawi. Semoga dengan teknologi ini, kita mampu manfaatkannya demi kemajuan negara.