Apa sahaja urusan seharian kita, dari beratur di kedai nasi kandar, urusan bank, order kfc, sehinggalah beratur di kaunter Mydin atau Tesco. Semua itu memerlukan kesabaran dan sedikit masa.
Sama juga dengan proses troubleshooting dan menyelenggara pc/laptop. Proses ini akan mengambil sedikit masa. Boleh jadi sejam dua, dan kadang-kala sampai sehari pun ada. Bergantung kepada symptom dan isu yang terjadi.
Bukannya apa, kalau boleh kita nak elakkan daripada sebarang kesilapan dan juga “misjudgement” ketika sesi diagnose. Barulah punca masalah boleh dikenal pasti dengan lebih terperinci.
Selain itu, proses penyelenggaraan juga perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati. Segala aspek seperti kekemasan, kecacatan alat ganti (factory defect) dan sebagainya perlu diambil kira.
Sebolehnya, kita memang cuba nak elakkan daripada customer nak kena ulang-alik banyak kali ke kedai kami. Di samping menjimatkan masa, wang poket anda juga boleh jimat sama.
Repairlaptopalorsetar.com
Tech care of your stuff