Description
No 1 : Non Qualified leads.
Biasanya mereka ni jenis yang wassap kita,
atau contact kita tapi dia senyap seribu bahasa.
Ramai kan macam ni? Jadi simpan..
No 2 : Qualified leads.
Mereka ni dah jenis yang wassap kita,
layan kita, nak beli tapi tak jadi beli sebab
mereka ada keperluan lain yang perlu didulukan.
Qualified Lead ni ada 3 jenis.
Hot Leads.
Mereka yang beria sangat nak beli. Yang ni biasanya
akan membeli.
Warm Leads.
Mereka rilek-rilek, tak rushing, nak survey dan mereka ni tanya soalan yang spesifiq.
Cold Leads.
Yang kata nak beli, tapi tak buat bayaran. Dah habis tempoh edah followup masih tak beli juga, mereka ni kita masukkan dalam list cold lead.
No 3 : Buyer
Mereka ni sudah membeli daripada kita.
Buyer ni ada 3 kategori juga.
First Time Buyer.
Baru membeli pertama kali.
Second Time Buyer.
Mereka dah membeli 2 kali dari kita.
Third time buyer.
Mereka sudah membeli 3 kali daripada kita.
No 4 : Premium customer.
Ini adalah pelanggan yang sudah membeli
lebih dari 3 kali dari kita..
No 5 : Influencer
Mereka ini suka rekemen bisnes kita.
1 atau lebih dari 1 pelanggan datang/membeli
dari kita kerana mereka ini yang rekemen.