fbpx

Rabun sebab terlalu lama guna komputer?

Rabun sebab terlalu lama guna komputer?

Sebenarnya, tiada bukti sahih yang boleh mengatakan bahawa merenung skrin komputer pada tempoh yang lama boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada mata.

Artikel berkaitan: Bencana alam terbaru: Windows update!

Namun, komputer boleh mengundang rasa ketidakselesaan pada mata, dengan penggunaan yang terlalu kerap dalam tempoh masa lama.

Skrin komputer memancarkan cahaya biru atau ‘blue light’. Pada jangka masa panjang, mata yang terdedah kepada cahaya biru boleh menyebabkan mata menjadi lebih cepat tua dan penglihatan terjejas, tapi tidak rabun ya!

Berikut merupakan simptom awal yang menandakan anda harus berehat sebentar dari merenung skrin komputer anda:

1. Pening kepala
2. Mata menjadi gatal
3. Mata berair atau kering
4. Penglihatan menjadi kabur
5. Susah untuk fokus

Jadi, ikuti tips di bawah bagi meminimumkan kerosakan mata (hampir sama dengan rabun) yang disebabkan oleh skrin komputer:

1. Berehat sebentar, fokus mata ke objek yang jauh untuk beberapa minit.
2. Pastikan jarak anda dari skrin komputer adalah antara 20-28 inci.
3. Bersihkan skrin komputer secara kerap.
4. Laraskan kecerahan skrin komputer ke tahap yang rendah/pertengahan.

Sumber: Dev.to

Leave your Comment