fbpx

Selamat tinggal Windows 7, jumpa lagi!

Selamat tinggal Windows 7, jumpa lagi!

Sistem operasi Windows 7 yang berusia 9 tahun akan ditamatkan pada 14 Januari 2020. Ini bermaksud ia tidak menerima lagi bug-fix, sekuriti patch dan fungsi-fungsi baru.

Artikel berkaitan: Apa itu Deepfake? Kenapa semua orang risau tentangnya?

Dengan kata lain, ini bermaksud Windows 7 versi personal dan enterprise akan menjadi lebih senang terdedah kepada serangan malware selepas ini

Walau bagaimana pun, tiada apa pun akan menhentikan pengguna untuk terus menggunakan selepas akhir hayatnya. Tetapi pengguna perlu tahu bahawa penggunaan sistem operasi yang ketinggalan zaman akan lebih mudah terdedah kepada jenayah siber.

Selain itu, ia juga mudah terdedah kepada data-data penting bagi sesebuah syarikat untuk menyimpannya.

Masih ramai pengguna yang menggunakan Windows 7 di tempat kerja menyebabkan banyak syarikat terdedah dengan serangan WannaCry.

Menurut Kajian Kaspersky “40% daripada perniagaan kecil dan 48% daripada perniagaan sederhana masih bergantung pada sistem operasi yang tidak disokong atau memasang sistem sekuriti”.

Ia disebabkan beberapa syarikat tidak mencapai spesifikasi perkakasan untuk dinaik taraf sistem operasi kepada windows 10 atau tidak memasang perisian sekuriti pada sistem operasi windows 7.

Sumber:lansweeper

Leave your Comment