Error: Keyboard Not Found
Rata-rata pemilik komputer desktop semestinya pernah berdepan masalah ini walau sekali seumur hidup. Bawa bertenang, seperti manusia, komputer juga bukanlah makhluk yang sempurna.
Tambahan pula, komputer hanya sebuah mesin yang diprogram oleh makhluk yang tidak sempurna, iaitu manusia sendiri. Jadi, tidak hairanlah kalau kadang-kadang sistem komputer memaparkan ‘error’ atau notifikasi yang tidak tercapai dek akal fikiran, dalam kata lain, merapu atau tidak logik.
Apapun, setiap masalah akan ada solusinya. Pertama sekali, cabut dan pasang semula kabel USB papan kekunci anda. Kadang-kadang sambungan kabel USB yang longgar juga boleh menjadi punca ‘keyboard not found’.
Jika tidak berjaya, cuba pasang kabel USB papan kekunci di port USB yang lain pula. Ini kerana mungkin port USB yang terdapat di CPU anda telah rosak atau bermasalah.
Akhir sekali, cuba sambungkan papan kekunci yang lain. Jika papan kekunci yang baru itu berfungsi, maka jelaslah bahawa papan kekunci lama anda sudah rosak dan boleh dibuang dengan selamat ke ‘recycle centre’.
Repairlaptopalorsetar.com
Tech care of your stuff