1. Terdedah kepada radiasi yang rendah itu tidak memudaratkan. Tetapi ingatkah anda bila kali terakhir bersenggang dari telefon pintar?
2. Impak radiasi yang dipancarkan oleh telefon pintar masih lagi diperdebatkan hingga ke hari ini namun adalah wajar untuk kita mengetahui apa yang dipancarkan oleh peranti yang tidak pernah lekang dari kehidupan kita ini.
3. Menurut laporan German Federal Office for Radiation Protection kadar selamat pada telefon pintar yang diluluskan adalah SAR 0.70 watts per kilogram dan ke bawah.
4. Laporan juga menyenaraikan 15 telefon pintar yang mempunyai hampir 2 kali ganda dari kadar yang ditetapkan. 12 dari senarai tersebut dimiliki oleh syarikat gergasi jenama telefon pintar dari China.
5. Rekod tertinggi diperolehi daripada Xiaomi Mi A1 sebanyak SAR 1.75 dan diikuti Oneplus serta Huawei yang mempunyai 5 peranti terkini mereka tersenarai.
6. Apple juga tidak terkecuali berada di tangga ke 10 dan ke 13 untuk iPhone 7 dan iPhone 8 yang masing masing dengan SAR 1.38 dan SAR 1.32
7. Telefon pintar yang mempunyai kadar radiasi terendah dimiliki oleh Google Pixel dengan hanya SAR 0.33 watts per kilogram sekaligus membuatkan peranti ini paling selamat dan tidak dinafikan, sebagai ‘all-rounder’ smartphone
Sumber: Statista