Gaming photography mungkin agak asing tetapi bagi mereka yang begitu menjiwai kecantikan, ia memberikan kepuasan untuk dapat merakam setiap aksi dan melihat ketelitian sesuatu video game itu.
Seperti fotografi di alam nyata, sudut gambar dan pencahayaan memainkan peranan penting untuk menghasilkan gambar yang memukau. Kemahiran seperti ini juga turut diaplikasikan untuk merakam gambar di dalam permainan video.
Tidak dinafikan kualiti sesuatu video game juga memainkan peranan penting dalam memberikan tekstur dan ketepatan warna.
Gambar gambar ini dirakam oleh seorang gaming photographer yang aktif berkongsi gambar dan cara bagaimana beliau mendapatkan shot shot seperti ini di sosial media.
Sumber: Raffu42