Berikut adalah trend ancaman cybersecurity yang bakal melanda tahun 2020.
Artikel berkaitan: Guna Internet pun boleh pun boleh mencemarkan alam
1. System Piggybacking
‘System Piggybacking’ adalah frasa yang merujuk kepada kondisi di mana seseorang memecah masuk dan menggunakan sistem anda tanpa kebenaran.
Kegunaan paling lazim ‘System Piggybacking’ ialah bagi mendapatkan ‘cryptocurrency’ melalui taktik seperti ‘Bitcoin mining’.
Penggodam yang berniat jahat bertindak menceroboh dan menumpang sambungan internet mangsanya bagi mempercepat proses ‘mining’ mereka.
Artikel berkaitan: Apa itu Deepfake? Kenapa semua orang risau tentangnya?
2. Serangan ‘Internet of Things (IoT)’
Sistem ‘smart home’, ‘smart car’ dan pelbagai lagi merupakan sebahagian dari inovasi cemerlang yang menggunakan konsep IoT.
Kemajuan ini membantu kehidupan pengguna berkembang dengan cara yang lebih menarik, tetapi ia juga mengandungi risikonya yang tersendiri.
Pada tahun 2020, dijangka serangan penggodam bagi mengambil alih sistem yang menggunakan konsep IoT akan meningkat.
Bayangkan jika anda memasang sistem ‘smart security’ bagi melindungi rumah anda, tetapi sistem tersebut dapat ditembusi oleh penggodam.
Situasi ini ibarat seseorang yang tidak dikenali mempunyai kunci pendua rumah anda tanpa kebenaran.
Sumber: DZone